V A K A N E s ;

HOME ABOUT BIASES FOLLOW DASHBOARD

Bae ~;







© Skin by Ken Eriksen inspired by atiqah jaidin. Image from . Do tell me if I do not credit yours.
Why is everything so Heavy?
Tuesday, May 30, 2017 | 0 growlist(s)


Assalamualaikum// Salam Ramadhan Al-Mubarak. Semoga puasa tahun ni lebih berkah, dan banyak amal ibadah yg dilakukan. Semoga kita dapat menyambut bulan yang pernuh barakah ni lagi pd tahun-tahun yang akan datang, aamiin.

Sepatutnya dua hari lepas aku dah mula buat proposal PSM utk sem depan. Ya, aku dh habis tahun 2, dan menanti utk tahun ke-3. Boleh dikatakan tahun kesengsaraan juga lah, sebab duk sibuk dengan PSM 1 & 2, projek, assignment, tak lupa juga final exam. Oh ya, sekarang aku tengah minggu Study Week yang sepatutnya seminggu je, tapi kes course aku jadi 2 minggu, yela sebab final aku mula lambat, dan gap nya dekat-dekat semua. Terima kasih UTHM! Huh! Kena study hard utk sem ni sebab banyak subjek aku blur dan main-main. Back to the point, PSM, ye PSM (Projek Sarjana Muda) utk mahasiswa tahun akhir kat universiti. Kalau ikutkan plan, jumpa potential supervisor dah, apply 3 tajuk dah. Yg menjadi masalahnya sekarang, proposal ni. Dah dapat template proposal tapi tu lah, tak tahu nak letak apa dalam proposal. Masalah pertama aku hadapi,
  1. Aku boleh go on ke dengan tajuk ni?
  2. Dah muktamad ke tajuk yang aku pilih ni?
  3. Ke aku nak cari tajuk lain? Sebab 2 tajuk SV bagi
  4. Apa pernyataan masalahnya?
Nak tahu tak kenapa aku stress dengan benda ni? Yela, 3 tajuk, 3 proposal, 3! Dah lah tengah duk sibuk study week, SV suruh hantar 3 proposal sebelum cuti sem. Mananya tak stress. Hardware, software yang nak guna pun takda idea lagi nak guna apa. Dahlah aku ni lembap, hmm. Takpalah cari slow-slow ae. In shaa Allah dipermudahkan. 

Last entry, aku cerita pasal atok aku yang sakit. 10 hari lepas tu (25/1), dia pergi menghadap illahi, Innalillaihiwainnailaihiroji'un. Arwah meninggal masa aku betul-betul kat sebeah dia, sebelah kanan dia, nenek aku pula sebelah kiri dia. Aku dan 2 orang sepupu aku diamanahkan oleh ibu ayah kitaorg untuk menjaga atok nenek kat kg. Disebabkan masa tu aku tengah cuti sem. Aku ikut je, sekurang-kurangnya aku dpt bersama arwah pada nafasnya yang terakhir. Tapi, Allah sudah pun mengatur semuanya, arwah disebelah aku, tapi arwah menghembuskan nafas terakhirnya semasa aku dan sepupu aku tertidur disebelahnya. Nenek aku yang perasan terus gerakkan kami. Aku terus check pulse dia. Memang betul dia dah tak ada. Terus panggil bilal dan telefon saudara mara sambil nangis. Aku sedih tapi dalam masa yang sama, aku gembira sebab atok tak lagi menanggung kesakitan, meraung kesakitan. Tak sanggup tengok.

Sebulan lepastu, aku digemparkan pula dengan pemergian kawan baik aku, Mohamad Emyrul Farhan. Aku rasa aku ada cerita kat sini. Aku dapat tahu bila aku balik dari kelas, scroll-scroll fb dan aku nampak kawan-kawan dia post gambar dan caption - arwah, innalillah..... dan semua-semua tu. AKu tak percaya tp bila aku buka fb dia rupanya betul. Dan tak ada sesiapa pun yang beritahu aku. Mungkin sebab aku tak rapat dengan keluarga dan kawan-kawan dia. Aku terus terduduk dan menangis. Aku lari ke bilik member aku dan nangis sepuas-puasnya kat riba dia. Aku takleh tahan tangisan aku. Aku rasa bersalah dengan arwah, aku marah-marah dia sebelum tu. Dia pun ada tanya aku bila nak balik, aku jawab nak taknak je. Rupanya dia suruh aku balik tengok kubur dia. Bila aku balik tu, jenazah baru je beberapa minit dikebumikan. Oh lupa bagitahu, dia meninggal kerana kemalangan kereta. Dia kemalangan pagi pukul 7 (20/2)  tu terlanggar pokok. Kata mak arwah dia mengantuk tu yang terbabas dan kepala dia cedera teruk dan meninggal ditempat kejadian. Aku takleh tahan tangisan masa kat kubur arwah, jadi kawan-kawan aku tenangkan aku. Aku sayang dia lebih dari kawan, dia banyak bantu aku, banyak kacau aku. Gurau senda, ketawa dia semua aku masih ingat. Dia anak yg baik, soleh. Dia tak pernah abaikan keluarga dia. Tu yang aku respect sangat dengan dia. Aku terkilan takdapat tengok muka dia, tapi aku redho. Harini masuk 100hari dia pergi. Rasa rindu tu tak pernah hilang. Setiap masa teringatkan dia. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan di Jannah, aamiin.

Laptop rosak. Gambar-gambar dengan arwah semua terformat *cry *cry